Sesiapa yang memusuhi dan memungkiri cinta dia merupakan pemilik jiwa kontang yang kering dari nilai insani yang sejati. Cinta itu fitrah. Ia satu keperluan. Bahkan mungkin suatu kewajipan ataupun rukun dalam menikmati kebahagiaan hidup dunia dan akhirat.
Cinta mampu merubah segala yang ada dalam jiwa seorang insan. Telinga, mata dan segala anggota kadang-kala terpaksa tunduk kepada falsafah cinta. Tunduk kepada nilaian cinta. Pahit boleh menjadi manis. Manis boleh menjadi pahit. Indah boleh menjadi buruk. Usang boleh menjadi baru. Hodoh boleh menjadi cantik. Berat boleh menjadi ringan. Susah boleh menjadi senang. Segalanya terbalik dan berubah penilaian dan rasa hanya kerana cinta.
Ini mengingatkan kita kepada rangkap puisi yang disandarkan kepada al-Imam al-Syafi’e (meninggal 204H) :
Telah gering sang kekasih, maka daku menziarahinya
daku juga turut gering kerana risaukannya
datangnya sang kekasih menziarahiku
maka daku pun sembuh kerana melihatnya..
Bungaku Sayang
# Siti Hajar Hajira #
Seorang wanita sedang keluar dari rumahnya apabila dia terlihat tiga orang lelaki tua berjanggut panjang yang berwarna putih sedang duduk dihalaman rumahnya. Dia tidak kenal akan mereka.Wanita itu bertanya, " Saya tidak fikir saya mengenali awak semua, tetapi saya pasti awak semua mesti sedang lapar. Silalah masuk kerumah saya dan makan sesuatu.""Adakah suami awak ada dirumah?", mereka bertanya."Tidak", wanita itu berkata. "Suami saya telah keluar.""Jadi, kami tidak akan masuk", mereka menjawap.
Sewaktu suaminya pulang ke rumah pada petang itu, wanita itu pun memberitahunya kejadian tersebut. "Pergi beritahu mereka bahawa saya telah balik dan menjemput mereka masuk kedalam sekarang!"
Wanita itu keluar dan menjemput ketiga-tiga lelaki tua itu masuk ke dalam.
"Kami tidak akan masuk ke dalam rumah bersama-sama," mereka menjawap.
"Mengapa begitu?" wanita itu ingin tahu.
Salah seorang dari lelaki tua itu pun menerangkan :
"Namanya ialah Kekayaan," Dia berkata sambil menunjuk ke arah salah seorang kawannya, dan beralih menunjuk kearah kawan yang seorang lagi, " Dia adalah Kejayaan, dan saya adalah Kasih Sayang."
Dia menyambung lagi, "Sekarang masuklah semula kedalam rumah dan berbincanglah dengan suami awak, siapakah di antara kami bertiga yang kamu ingin jemput kedalam rumah."
Wanita itu pun masuk semula kedalam dan memberitahu suaminya perkara tersebut. Suaminya berasa sungguh gembira.
"Bagusnya!!" dia berkata. "Kalau macam tu jemputlah Kekayaan masuk. Biar dia masuk dan mengisi rumah kita ini dengan Kekayaan!"
Isterinya tidak bersetuju. "Abang, kenapa pula kita tidak menjemput Kejayaan?"
Kebetulan, menantu perempuan mereka juga sedang mendengar perbualan itu dari satu sudut rumah yang lain. Dia lalu menyampuk dan memberikan pandangannya :
"Bukankah lebih baik sekiranya kita menjemput Kasih Sayang? Rumah kita ini pasti akan diselubungi dengan Kasih Sayang!"
"Biarlah kita mengikut nasihat menantu kita itu," kata suami itu kepada isterinya.
"Keluar dan jemputlah Kasih Sayang sebagai tetamu kita."
Wanita itu pun keluar dan bertanya kepada tiga lelaki tua, "Yang mana satu diantara kamu adalah Kasih Sayang? Silalah masuk dan jadi tetamu kami."
Kasih Sayang bangun dan mula berjalan ke arah rumah. Kedua-dua lelaki yang lain juga bangun dan mengikutinya. Terperanjat, wanita itu pun bertanya kepada Kekayaan dan Kejayaan :
"Saya cuma menjemput Kasih Sayang, mengapa kamu juga ikut sekali?"
Mereka semua menjawab: "Jika awak menjemput samada Kekayaan atau Kejayaan, yang lain akan tunggu diluar, tetapi oleh kerana awak telah menjemput Kasih Sayang, kemana-mana sahaja dia pergi, kami akan pergi bersamanya.
...Dimana ada Kasih Sayang, disitu juga ada Kekayaan dan `Kejayaan!"...
Bungaku Sayang
Siti Hajar Hajira
A man asked the wise man, how would I know if my wife loves me?
The man replied, when she does 14 things be assured that she loves you .
The man asked, so what are the 14 things?
The wise man answered:
1- If she likes to hear about your demeanour be sure that she loves you.
2- If she didn’t get angry when you contradicted her opinion.
3- If she becomes sad because of your sadness or anger.
4- If she always tries to create topics to make conversation with you.
5- If she always consults you before she makes something or takes a decision.
6- If she gets very happy when you gift her with something even if it’s a very simple gift.
7-if she always tries to help you or even do some of your tasks.
8- If she worries about you in your absence.
9- If she cares to do what pleases you, and never repeats what angers you.
10- If she doesn’t care about how little you earn (money).
11- If she patiently bears the harm which was caused because of you.
12- If she likes to share whatever you like and cares to become a part of your world and your hobbies.
13- She don’t feel shy of whatever you do.
14- She always gives you good news personally, instead of you hearing from a third party.
We ask Allah to bless us with true love and to assist us in maintaining it, Aameen.
ya hana naBetapa Beruntungnya Kami ظَهَرَ الدِّينُ المُؤَيَّد بِظُهُورِالنَّبِى اَحمَدdzoharoddiinul muayyad bidzhuhuurin nabi ahmad
Telah muncul agama yang didukung, dengan munculnya sang Nabi Ahmad
يَا هَنَانَــــــــا بِمُحَمَّد ذَلِكَ الفَضلُ مِنَ الله
ya hana na bimuhammad dzalikal fadhlu minallah
Betapa beruntungnya kami dengan Muhammad (Saw), itulah anugerah daripada Allah SWT
يَا هَنَانَا
ya hana na
Betapa Beruntungnya Kami
خُصَّ بِالسَّبعِ المَثَانِى وَحَوى لُطفَ المَعَأنِى
khusho bissab’il matsani wa hawa luthfal ma’ani
Diistimewakan dengan as-Sab’ul Matsany (al-Fatihah), penghimpun rahsia bagi setiap makna
مَالَهُ فِى الخَلقِ ثَانِى وَعَلَيهِ اَنزَلَ الله
ma lahu fil kholqi tsani wa a’laihi anzalallah
Tidak ada yang senilai dengannya, dan Allah mewahyukan kepadanya (Muhammad SAW)
يَا هَنَانَا
ya hana na
Betapa Beruntungnya Kami
مِن مَكَّةٍ لَمَّا ظَهَر لِاَجلِهِ انشَقَ القَمَر
min makkatillamma dzohar liajlihin syaqqal qomar
Ketika di Makkah bulan tampak terbelah deminya (Muhammad SAW),
وَافتخَرَت الُ مُضَر بِهِ عَلى كُلِّ الاَنَام
waf takhorot aalu mudhor bihi ala kullil anam
lalu kabilah Mudhar (kabilah Muhammad SAW) dibanggakan oleh seluruh manusia
يَاهَانَانَأ
ya hana na
Betapa beruntungnya kami
اَطيَبُ النَّاسِ خَلقًا وَاَجَلُّ النَّاسِ خُلُقُا
athyabunnasi kholqon wa ajallunnasi khuluqon
Beliau adalah manusia yang terbaik ciptaanNya, dan teragung akhlaknya
ذِكرُهُ غَربًا وَشَرقًا سَائِرٌ وَالحَمدُ لِله
dzikruhu ghorbaw wa syarqon saa iruw walhamdu lillah
Semua berzikir ke atasnya samada di barat atau di timur, segala puji hanya bagi Allah SWT
يَاهَنَانَا
ya hana na
Betapa beruntungnya kami
صَلُّوا عَلى خَيرِ الاَنَام المُصطَفَى بَدرِالتَّمَام
shollu a’la khoiril anami al musthofa badrittamami
Berselawatlah ke atas sebaik-baik manusia (Muhammad SAW) yang terpilih, sang bulan purnama
صَلُّوا عَلَيهِ وَسَلِّمُوا يَشفَع لَنَأ يَومَ الزِّحَام
shollu a’laihi wasallimu yasyfa’ lana yaumazzihami
Sampaikanlah salam kepadanya, moga diberi syafaat di hari kebangkitan
يَا هَنَانَا
ya hana na
Betapa beruntungnya kami
325g cornflakes nestle3/4 buttercup(250g)
3@4sudu gula
madu & manik hiasan secukupnye
kaedah :
1-cairkan buttercup
2-masukkan gula & madu.gaul sebati.
3-masukkan cornflakes,gaul sebati sampai cornflakes disaluti canpuran buttercup,gula&madu.kemudian tutup api.
4-susun dlm cawan kertas kemudian tabur manik hiasan.
5-bila abih semua,bakar dlm oven suhu 170'C selama 3-5minit..siap..
Bahan-bahan4 keping roti – dipotong kecil-kecil1 tin susu cair (375 mL)
2 biji telur
4 sudu besar gula
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu besar butter
Sedikit kismis
Cara-cara
Masukkan telur, gula dan esen vanilla di dalam bekas dan kacau hingga sekata. Masukkan susu cair dan kacau adunan hingga sekata.
Sapu butter pada roti dan susun dalam loyang.
Tuang adunan ke atas susunan roti dan tabur kismis.
Kukus dengan api yang sederhana selama 20-25 minit.
Selepas dikukus, sejukkan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.
1. Keanak-anakkan
Dalam batas yang wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda.
2. Penuh Pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan,memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya.
3. Menghargai
Lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.
4. Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman.
5. Pandai berbicara
Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita. (bersifat terbuka)
6. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda.
7. Menghormati Diri Sendiri
Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya.
8. Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia.
Assalamualaikum,, post ini diambil dari satu page di facebook iaitu Idea Kahwin. Izinkan saya untuk berkongsi sebagai penghias dada laman blog Bungaku Sayang. Pesanan untuk kaum hawa dan juga diri saya sendiri mungkin boleh dimanfaatkan apabila sudah berkahwin kelak. :)
# Bungaku Sayang #
~Siti Hajar Hajira~