Followers

Thursday, 19 December 2013

Dimana ada Kasih Sayang, disitu juga ada Kekayaan dan `Kejayaan!"

Seorang wanita sedang keluar dari rumahnya apabila dia terlihat tiga orang lelaki tua berjanggut panjang yang berwarna putih sedang duduk dihalaman rumahnya. Dia tidak kenal akan mereka.
Wanita itu bertanya, " Saya tidak fikir saya mengenali awak semua, tetapi saya pasti awak semua mesti sedang lapar. Silalah masuk kerumah saya dan makan sesuatu."
"Adakah suami awak ada dirumah?", mereka bertanya.
"Tidak", wanita itu berkata. "Suami saya telah keluar."
"Jadi, kami tidak akan masuk", mereka menjawap.
Sewaktu suaminya pulang ke rumah pada petang itu, wanita itu pun memberitahunya kejadian tersebut. "Pergi beritahu mereka bahawa saya telah balik dan menjemput mereka masuk kedalam sekarang!"
Wanita itu keluar dan menjemput ketiga-tiga lelaki tua itu masuk ke dalam.
"Kami tidak akan masuk ke dalam rumah bersama-sama," mereka menjawap.
"Mengapa begitu?" wanita itu ingin tahu.
Salah seorang dari lelaki tua itu pun menerangkan :
"Namanya ialah Kekayaan," Dia berkata sambil menunjuk ke arah salah seorang kawannya, dan beralih menunjuk kearah kawan yang seorang lagi, " Dia adalah Kejayaan, dan saya adalah Kasih Sayang."
Dia menyambung lagi, "Sekarang masuklah semula kedalam rumah dan berbincanglah dengan suami awak, siapakah di antara kami bertiga yang kamu ingin jemput kedalam rumah."
Wanita itu pun masuk semula kedalam dan memberitahu suaminya perkara tersebut. Suaminya berasa sungguh gembira.
"Bagusnya!!" dia berkata. "Kalau macam tu jemputlah Kekayaan masuk. Biar dia masuk dan mengisi rumah kita ini dengan Kekayaan!"
Isterinya tidak bersetuju. "Abang, kenapa pula kita tidak menjemput Kejayaan?"
Kebetulan, menantu perempuan mereka juga sedang mendengar perbualan itu dari satu sudut rumah yang lain. Dia lalu menyampuk dan memberikan pandangannya :
"Bukankah lebih baik sekiranya kita menjemput Kasih Sayang? Rumah kita ini pasti akan diselubungi dengan Kasih Sayang!"
"Biarlah kita mengikut nasihat menantu kita itu," kata suami itu kepada isterinya.
"Keluar dan jemputlah Kasih Sayang sebagai tetamu kita."
Wanita itu pun keluar dan bertanya kepada tiga lelaki tua, "Yang mana satu diantara kamu adalah Kasih Sayang? Silalah masuk dan jadi tetamu kami."
Kasih Sayang bangun dan mula berjalan ke arah rumah. Kedua-dua lelaki yang lain juga bangun dan mengikutinya. Terperanjat, wanita itu pun bertanya kepada Kekayaan dan Kejayaan :
"Saya cuma menjemput Kasih Sayang, mengapa kamu juga ikut sekali?"
Mereka semua menjawab: "Jika awak menjemput samada Kekayaan atau Kejayaan, yang lain akan tunggu diluar, tetapi oleh kerana awak telah menjemput Kasih Sayang, kemana-mana sahaja dia pergi, kami akan pergi bersamanya.
...Dimana ada Kasih Sayang, disitu juga ada Kekayaan dan `Kejayaan!"...




Bungaku Sayang
Siti Hajar Hajira



Tuesday, 27 August 2013

A man asked the wise man, how would I know if my wife loves me?
The man replied, when she does 14 things be assured that she loves you .
The man asked, so what are the 14 things?
The wise man answered:
1- If she likes to hear about your demeanour be sure that she loves you.

2- If she didn’t get angry when you contradicted her opinion.
3- If she becomes sad because of your sadness or anger.
4- If she always tries to create topics to make conversation with you.
5- If she always consults you before she makes something or takes a decision.
6- If she gets very happy when you gift her with something even if it’s a very simple gift.
7-if she always tries to help you or even do some of your tasks.
8- If she worries about you in your absence.
9- If she cares to do what pleases you, and never repeats what angers you.
10- If she doesn’t care about how little you earn (money).
11- If she patiently bears the harm which was caused because of you.
12- If she likes to share whatever you like and cares to become a part of your world and your hobbies.
13- She don’t feel shy of whatever you do.
14- She always gives you good news personally, instead of you hearing from a third party.
We ask Allah to bless us with true love and to assist us in maintaining it, Aameen.

Sunday, 25 August 2013

Ya Hanana

ya hana na
Betapa Beruntungnya Kami 

ظَهَرَ الدِّينُ المُؤَيَّد بِظُهُورِالنَّبِى اَحمَد
dzoharoddiinul muayyad bidzhuhuurin nabi ahmad 
Telah muncul agama yang didukung, dengan munculnya sang Nabi Ahmad

يَا هَنَانَــــــــا بِمُحَمَّد ذَلِكَ الفَضلُ مِنَ الله
ya hana na bimuhammad dzalikal fadhlu minallah
Betapa beruntungnya kami dengan Muhammad (Saw), itulah anugerah daripada Allah SWT

يَا هَنَانَا
ya hana na
Betapa Beruntungnya Kami

خُصَّ بِالسَّبعِ المَثَانِى وَحَوى لُطفَ المَعَأنِى
khusho bissab’il matsani wa hawa luthfal ma’ani
Diistimewakan dengan as-Sab’ul Matsany (al-Fatihah), penghimpun rahsia bagi setiap makna

مَالَهُ فِى الخَلقِ ثَانِى وَعَلَيهِ اَنزَلَ الله
ma lahu fil kholqi tsani wa a’laihi anzalallah
Tidak ada yang senilai dengannya, dan Allah mewahyukan kepadanya (Muhammad SAW)

يَا هَنَانَا
ya hana na
Betapa Beruntungnya Kami

مِن مَكَّةٍ لَمَّا ظَهَر لِاَجلِهِ انشَقَ القَمَر
min makkatillamma dzohar liajlihin syaqqal qomar
Ketika di Makkah bulan tampak terbelah deminya (Muhammad SAW),

وَافتخَرَت الُ مُضَر بِهِ عَلى كُلِّ الاَنَام
waf takhorot aalu mudhor bihi ala kullil anam
lalu kabilah Mudhar (kabilah Muhammad SAW) dibanggakan oleh seluruh manusia

يَاهَانَانَأ
ya hana na
Betapa beruntungnya kami

اَطيَبُ النَّاسِ خَلقًا وَاَجَلُّ النَّاسِ خُلُقُا
athyabunnasi kholqon wa ajallunnasi khuluqon
Beliau adalah manusia yang terbaik ciptaanNya, dan teragung akhlaknya

ذِكرُهُ غَربًا وَشَرقًا سَائِرٌ وَالحَمدُ لِله
dzikruhu ghorbaw wa syarqon saa iruw walhamdu lillah
Semua berzikir ke atasnya samada di barat atau di timur, segala puji hanya bagi Allah SWT

يَاهَنَانَا
ya hana na
Betapa beruntungnya kami

صَلُّوا عَلى خَيرِ الاَنَام المُصطَفَى بَدرِالتَّمَام
shollu a’la khoiril anami al musthofa badrittamami
Berselawatlah ke atas sebaik-baik manusia (Muhammad SAW) yang terpilih, sang bulan purnama

صَلُّوا عَلَيهِ وَسَلِّمُوا يَشفَع لَنَأ يَومَ الزِّحَام
shollu a’laihi wasallimu yasyfa’ lana yaumazzihami
Sampaikanlah salam kepadanya, moga diberi syafaat di hari kebangkitan

يَا هَنَانَا
ya hana na
Betapa beruntungnya kami

Saturday, 3 August 2013

Cornflakes Madu..


325g cornflakes nestle
3/4 buttercup(250g)
3@4sudu gula
madu & manik hiasan secukupnye
kaedah :
1-cairkan buttercup
2-masukkan gula & madu.gaul sebati.
3-masukkan cornflakes,gaul sebati sampai cornflakes disaluti canpuran buttercup,gula&madu.kemudian tutup api.
4-susun dlm cawan kertas kemudian tabur manik hiasan.
5-bila abih semua,bakar dlm oven suhu 170'C selama 3-5minit..siap..


Sunday, 14 July 2013

Puding Roti Kukus



Bahan-bahan

4 keping roti – dipotong kecil-kecil
1 tin susu cair (375 mL)
2 biji telur
4 sudu besar gula
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu besar butter
Sedikit kismis

Cara-cara

Masukkan telur, gula dan esen vanilla di dalam bekas dan kacau hingga sekata. Masukkan susu cair dan kacau adunan hingga sekata.
Sapu butter pada roti dan susun dalam loyang.
Tuang adunan ke atas susunan roti dan tabur kismis.
Kukus dengan api yang sederhana selama 20-25 minit.
Selepas dikukus, sejukkan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.


Monday, 6 May 2013

Antara sikap perempuan yang disukai lelaki

1. Keanak-anakkan

Dalam batas yang wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda.


2. Penuh Pengertian

Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan,memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya.

3. Menghargai


Lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.

4. Menjaga Penampilan


Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman.

5. Pandai berbicara


Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita. (bersifat terbuka)

6. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri


Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda.

7. Menghormati Diri Sendiri


Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya.

8. Simpati dan prihatin


Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia.

Assalamualaikum,, post ini diambil dari satu page di facebook iaitu Idea Kahwin. Izinkan saya untuk berkongsi sebagai penghias dada laman blog Bungaku Sayang. Pesanan untuk kaum hawa dan juga diri saya sendiri mungkin boleh dimanfaatkan apabila sudah berkahwin kelak. :) 


# Bungaku Sayang
~Siti Hajar Hajira

Friday, 3 May 2013

~ Secebis Doa ~

Ya Allah…
Jika dia baik untukku, baik untuk keluargaku..Jadikanlah dia imamku

Ya Allah..
Jika dia yang mampu membahagiakanku dunia dan akhirat janganlah Engkau jauhkan dia dariku…

Ya Allah…
Jika dialah yang dapat membawa aku ke jalanMu, satukanlah hati kami sampai akhirat..

Ya Allah..
Jika aku adalah rusuk kirinya, jadikanlah aku pelengkap dirinya, pendamping paling setia, wanita yang dia cinta, isteri yang dia banggakan dan ibu terbaik untuk zuriat-zuriat kami.

Ya Allah..
HambaMu yang jahil ini meminta, ya Allah. Berikanlah dia kebahagiaan, kesihatan, kejayaan serta kasih sayangMu. Andai telah tertulis dia bukan untukku, kurniakanlah dia seseorang yang baik untuknya, dan bahagiakanlah mereka , ya Allah.

Ya Allah…
Aku tidak tahu sejak bila aku mencintainya. Juga bagaimana untuk berhenti menyayanginya. Telah aku cuba melupakan tapi bayangannya tetap ada. Hati ini tetap juga menyanjung dia.

Ya Allah..
Kerana kelemahan dan kekuranganku, aku serahkan semuanya padaMu. Jika mencintainya inilah, yang terbaik untukku, redhailah. Semoga cinta ini adalah keranaMu, ya Allah. Semoga cinta ini membawa aku dekat denganMu. Dan semoga cinta sesama insan ini menyedarkan aku untuk selalu mengisi hati ini dengan cinta terdalam padaMu dan kekasihMu.

Amin Ya Rabbal Alamin…


# Bungaku Sayang #
~ Siti Hajar Hajira

Saturday, 30 March 2013

6 KEBAIKAN MANDI SEBELUM SUBUH


Menurut kajian sains, kandungan gas ozon pada waktu pagi lebih tinggi dari waktu lain. oleh itu, gas ozon ini juga amat penting untuk tubuh badan anda. jika anda mandi sebelum waktu subuh, ia bukan sahaja membersihkan malah memberikan kesegaran dan manfaat untuk tubuh badan anda. antara manfaatnya ialah :

1. Kulit lebih lembut dan halus
pada waktu pagi selalunya anda akan memasang "water heater" untuk mendapatkan air yang hangat dan menghilangkan kesejukan. selepas ini, jika anda memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.

2. Melancarkan peredaran darah
jika peredaran darah anda lancar maka tubuh badan anda akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. malah anda juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.

3. Meningkatkan kesuburan
kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila anda mandi pada waktu pagi. ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.

4. Mengurangkan risiko darah tinggi
untuk anda yang memiliki penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk anda mengurangkan penyakit anda. Insya ALLAH, dengan izin ALLAH, jika ia diamalkan selalu, penyakit anda akan pulih.

5. Mengurangkan tekanan serta tenang
air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. buat anda yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik utk anda menghilangkannya. oleh itu, ubahlah tabiat kpd mandi pagi sebelum subuh.

6. Meningkatkan sel darah putih
mandi dengan air sejuk, ia akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus. oleh itu, anda tidak mudah untuk dijangkiti dengan sebarang penyakit...

#Bungaku Sayang#
~ Siti Hajar Hajira~

Friday, 29 March 2013

“ BUKU DIARY BERTINTA CINTA”

Manusia seperti Sebuah BUKU.,.
Cover depan adalah tanggal lahir.
Cover belakang adalah tanggal kematian.
Tiap lembarnya, adalah tiap hari dalam hidup kita dan apa yg kita lakukan.
Ada buku yg tebal, ada buku yg tipis.
Ada buku yg menarik dibaca,
ada yang sama sekali tidak menarik.

Sekali tertulis, tidak akan pernah bisa di’edit’ lagi.

Tapi hebatnya,.,
seburuk apapun halaman sebelumnya, selalu tersedia halaman selanjutnya yg putih bersih, baru dan tiada cacat.

Sama dengan hidup kita, seburuk apapun kemarin,
Allah SWT selalu menyediakan hari yang baru untuk kita.

Kita selalu diberi kesempatan baru untuk melakukan sesuatu yg benar dalam hidup kita setiap harinya. Kita selalu bisa memperbaiki kesalahan kita dan melanjutkan alur cerita kedepannya sampai saat usia berakhir, yang sudah ditetapkan-NYA.

Terima kasih ya Allah untuk hari yg baru ini..

Syukuri hari ini….
dan isilah halaman buku kehidupanmu dengan hal-hal yang baik semata.

Dan, jangan pernah lupa, untuk selalu bertanya kepada Allah, tentang apa yang harus ditulis tiap harinya maka ayo melihat SOP ( Standar Operasional Prosedur ) yaitu Al Qur’an dan Hadist.

Supaya pada saat halaman terakhir buku kehidupan kita selesai, kita dapati diri ini sebagai pribadi yang berkenan kepadaNYA.

Dan buku kehidupan itu layak untuk dijadikan teladan bagi anak-anak kita dan siapapun setelah kita nanti.

Selamat menulis di buku kehidupanmu,
Menulislah di BUKU DIARY dengan tinta CINTA dan KASIH SAYANG, serta PENA kebijaksanaan.


# Kata-kata Hikmah #

# Bungaku Sayang #
~ Siti Hajar Hajira ~

Thursday, 28 March 2013

CINTA DALAM DIAM...IKATLAH HATIMU DENGAN ERAT


Tatkala jatuh cinta pd sese0rang, ikatlah hati mu dgn seerat-eratnya. Simpulkanlah ia dgn simpulan mati yg hanya dapat dibuka saat waktunya tiba. Sebelum meng0rak langkah lebih jauh dgnnya, cukuplah cintai dia dlm diam.

Boleh jadi orang yg kamu cintai itu juga adalah orang yg telah ditentukan oleh Allah S.W.T untuk mu. Kerana dlm diam mu, tersimpannya kekuatan harapan, yg menyalakan keinginan mu, & memungkinkan Allah S.W.T memenuhi harapan mu sehingga ianya dpt berbicara di dunia nyata.

Bukankah Allah SWT itu Maha Hidup lagi Maha Mendengar? Sesungguhnya Allah SWT itu malu. Dia malu apabila sese0rang hambaNya mengharap kepadaNya, lalu Dia menghampakannya & meninggalkannya dlm kerugian.

Tapi sekiranya kamu telah berusaha berharap sepenuh hati, namun jika dia memang bukan milik mu, moga Allah S.W.T, merentasi batas2 waktu, menghilangkan ‘cinta dlm diam mu’ itu & menggantikannya dgn rasa yg lebih indah, pd orang yg tepat. Biarkan cinta dlm diam mu itu jd mem0ri tersendiri di sudut hati mu yg menjadi rahsia antara diri mu dgn ALLAH..~~

Kerana diam mu, tanda tunduknya hati mu pd ALLAH. Sedangkan ikatan rumahtangga yg dimulai tanpa rasa tunduk & patuh pd syariatNya x mungkin diredhaiNya...& x mungkin akan melahirkan generasi umat yg tunduk patuh padaNya....♥••

#Bungaku Sayang# 
~ Siti Hajar Hajira~

Senyuman :)

Berpura-pura tersenyum adalah satu hal yang sangat menyakitkan berbanding menzahirkan perasaan yang terlahir dari hati. Kenapa? Kerana saya yakin senyuman itu walaupun plastik (tidak lahir seikhlasnya dari hati) mampu mengubah kenyataan walaupun ia bukan sesuatu yang pasti. Senyuman mampu mengeratkan hubungan dan dapat menjaga hati orang lain. Contohnya mudah saja bayangkan anda sedang berjalan kaki di foyer kolej dan terserempak dengan student lain yang juga penuntut disitu, anda melemparkan senyuman kepadanya tapi dia tidak membalasnya. Apa yang terlintas difikiran anda saat itu? 

Senyuman walaupun terpaksa itu perlu, ia dapat melindungi betapa geloranya keadaan hati kita yang sebenar. Hanya yang betul memahami sahaja akan dapat mengesan corak senyuman itu adalah berbeza berbanding hari-hari biasa sebelum ini. Senyuman juga mampu mengubat hati supaya tidak terlalu memikirkan mengenai sesuatu keadaan. Namun percayalah seseorang itu boleh menitiskan airmata padahal masa itu dia sedang tersenyum. Kenapa? Kerana keuatan hati yang dizahirkan melalui senyuman itu tewas melalui airmata yang mengalir tanpa ia sedari. Begitu juga dengan diri ini. Secara fizikal ramai orang boleh melihat aku tersenyum bahagia dikelilingi rakan-rakan yang sentiasa disisi. Namun mengertikah kamu mengenai gelodak perasaan di hatiku ini..? Pernahkah kamu menyedari akan hal ini? 

Kadang aku sendiri tidak mampu untuk mengukir satu senyuman yang sebenarnya. Sebuah senyuman yang lahir dari sekeping hati. Aku sendiri telah tewas dengan hatiku. Ya aku tewas. Aku sendiri telah menjadi lemah. Kemana perginya semua kekuatan yang aku miliki dulu? Kemana pergi diriku yang masih boleh bersabar dan tetap mampu senyum dahulu? Kemana perginya kekuatanku untuk sembunyikan betapa sakitnya rasa hati agar tidak terkesan oleh mata-mata yang memandang?

Aku pernah melihat tweet oleh seorang pengacara terkenal di tanah airku. Aku tidak ingat ayatnya yang sebenar tapi aku mengerti bahawa "setiap airmata itu adalah satu luahan perasaan yang terzahir melalui hati namun jangan biarkan ianya terlalu murah untuk mengalir". Tepat mengenai batang hidungku. Sejak beberapa hari ini airmata ini sangat murah untuk mengalir tanpa sempat aku tahan. Aku menjadi seorang yang sangat sensitif. Segalanya berubah dengan sekelip mata. Aku sangat inginkan diriku yang dulu. Seorang yang periang, suka bergurau, tidak mudah terasa dengan usikan dan perangai yang 'gila-gila' (kata seorag sahabat kepadaku). 

Peristiwa demi peristiwa telah banyak mengubah kehidupanku. Aku inginkan semuanya seperti dulu tapi mampukah aku? Aku tidak ingin menjadi seorang yang mudah mengalirkan airmata. Aku tidak mahu airmata ini kelihatan terlalu murah. Tapi aku yakin pada diriku. Aku yakin aku mampu walaupun ianya kan mengambil masa. 

Ya Allah, berikanku pelangi untuk setiap hujan, senyuman untuk setiap tangisan, rahmat untuk setiap cubaan dan kekuatan untuk setiap dugaan.

#Bungaku sayang#
~ Siti Hajar Hajira~

Wednesday, 20 March 2013

SITI HAJAR

Ketahuilah,,, 
Kita adalah insan,
Hamba yang perlukan petunjuk,
Insan yang kekurangan,
Mencari redha dan rahmat Tuhan yang esa.

Sesungguhnya..,
Setiap percaturan kehidupan,
Ada hikmah di sebalik kejadian,
Meskipun tidak terjangkau akal fikiran,
Disitu ada kebesaran dan kekuasaan Tuhan. 

Siti Hajar wanita mulia,
Insan terpilih dan istimewa,
Perintah suami dituruti segala,
Diduga Allah meningkat imannya,
Biarpun ditinggalkan di lembah tandus dan gersang,
Bersama Ismail putera tercinta,
Jiwanya tabah menenpuh rintangan.

Perintah Tuhan, Hajar laksanakan,
Di lembah Bakkah tandus dan kering kontang,
Bekalan makanan sedikit tersisa,
Habis semua kembali lapar dan dahaga,
Kuasa Tuhan tiada siapa mampu menghalang,
Terpancarlah mata air zamzam,
Kurniaan Tuhan berlimpah-limpah.

Bukit Safa dan Marwa menyaksikan keimanan,
Berlari-lari tujuh kali Hajar laksanakan,
Hikmah di sebalik apa dilakukan,
Itulah sai dikerjakan insan. 

Menunaikan ibadah haji,
Diumpamakan insan yang lahir bersifat bersih dan suci,
Di kota Mekah manusia mengerumuni,
Mengakui kelemahan diri,
Dalam sebuah pencarian kehidupan ini, 
Ibadah korban ditunaikan tanda cinta sejati,
Mencari reda daripada Ilahi,
Kerana Tuhan adalah....,
Yang maha benar dan hakiki.. 

Dipetik daripada sbuah buku yang bertajuk SITI HAJAR. Sebuah buku yang memberi inspirasi kepada diri bahawa dalam setiap kesusahan yang ditanggung yakinlah pada ALLAH yang akan memberikan petunjuk. Sabar itu paling penting, kerana waktu itu jugalah keimanan dalam hati akan diuji.. Wallahualam.. 




                     #Bungaku Sayang#
~ Siti Hajar Hajira~

Saturday, 16 March 2013

Al-Mulk

Kelebihan Surah Al-Mulk..

Ada diceritakan dlm al-Quran melalui maksud surah al-mulk tetapi diterjemahkan drp "Kitab Khasful Ghummah" bahawa seorang yg beramal dgn surah al-mulk..bila tiba kematian dia, terus dtg malaikat untuk menyoal..sebelum sempat menyoal, surah al-Mulk bercucuran keluar memenuhi wajah si mati..malaikat berkata "ya ahlul kitab..aku knl kamu..kamu al-mulk..kenapa kamu dtg ke sini?"

seraya al-mulk menjawab "wahai malaikat, sepanjang manusia ini hidup, dia beramal dgn aku..aku sebati di dalam kerongkang manusia ini..maka hadir aku ini untuk menghalang kamu dr menghukum manusia ini.."

malaikat menjawab, "wahai al-mulk, tidak boleh menghalang tugas kami.."

lantas surah al-mulk dtg kpd Allah.. "wahai Allah..aku adelah kitab-Mu..aku mahu melindungi manusia itu..jika Engkau tidak mengizinkan, buanglah aku (al-mulk) dr Al-Quran MU.."

maka Allah memberi keizinan kpd al-mulk..terus al-Mulk kembali kpd manusia di kubur tersebut..sesampai di kubur, kelihatan malaikat menghampiri manusia..al-mulk menjerit dgn gerunnya, "ya malaikat! pergi kau dari sini! Aku telah mendapat kebenaran drp Allah!! (malaikat terkejut dan pergi sepantas yg mungkin) aku akn menjaga manusia ini sehingga kiamat..aku tidak sanggup membiarkan manusia ini kesunyian kesorangan di dlm kubur..biarlah aku menjadi teman dia sehingga di bangkitkan kelak.."

*nabi Muhammad berjanji sesiapa yg beramal surah al-mulk akan terhindar drp siksa kubur..wallahualam...

Rasulullah SAW bersabda:
“Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai penganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir”..


# Saya mengambil post ini dari page Bercinta Selepas Nikah di facebook. Mohn diberi keizinan untuk share di dada blog saya.. Terima kasih.. 


                                                                                                      #Bungaku Sayang#

                                                                                                     ~ Siti Hajar Hajira~ 



Wednesday, 13 March 2013

Sesuatu Dari Hati

Pengalaman adalah guru terbaik dalam mendidik diri agar menjadi seorang yang lebih matang. Selain itu ia jugak dapat memotivasikan diri agar kita lebih berusaha supaya kesilapan yang sama tak akan berulang untuk kesekian kalinya dalam kehidupan. Begitu juga apabila kita menjawab soalan peperiksaan. Ketika berada di dewan peperiksaan kita begitu yakin dengan setiap jawapan yang ditulis, namun adakalanya perasaan berbelah bahagi sentiasa menghantui diri kerana tidak yakin ditambah pula apabila tiada persediaan yang cukup. 


Saat mendapat keputusan dan ianya pula tidak seperti yang diharapkan pasti akan timbul satu perasaan aneh iaitu rendah diri. Hal ini kerana kita berasa sedikit cemburu terhadap rakan sekelas yang lebih bagus keputusannya berbanding diri kita. Ditambah pula bila cuma kesilapan yang dilakukan itu adalah kesalahan yang remeh dan tidak dapat dielakkan. Pada saat itulah kita seharusnya tidak putus semangat untuk meneruskan perjuangan  kerana pada waktu itu hati dan akal akan selalu bertelingkah untuk menghasut diri. Cuba berfikir secara positif adalah lebih baik. Tidak dinafikan bahawa rasa sedih itu mesti menggigit tangkai hati namun sebaiknya dijauhkan agar tidak menggangu tumpuan terhadap perkara lain yang perlu kita beri perhatian. 


Carilah kekuatan untuk menanamkan azam baru supaya kita lebih bersemangat untuk meneruskan perjuangan. Ilmu merupakan satu perkara penting dalam dunia globalisasi pada zaman ini. Tapi menuntut ilmu bukanlah sekadar duniawi sahaja tapi seimbangkanlah dengan ilmu akhirat kerana dunia adalah tempat persinggahan kita sebagai manusia di bumi ALLAH ini. Pepatah mengatakan 'tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad'. Berbalik kepada tadi kekuatan diri dapat dibina dari semangat tidak berputus asa yang tersembunyi di dalam diri. Carilah kekuatan itu, minta kepada ALLAH, bertanyalah kepada yang lebih berpengalaman agar semangat diri tidak jatuh dan akhirnya membinasakan diri. Siapa yang rugi? Tak lain tak bukan adalah diri kita sendiri jugak. 


Kesimpulannya disini apapun keadaan kita sekarang sama ada susah mahupun senang sentiasalah berfikiran positif. Jangan terlalu mengikut kata hati yang kadangkala menghasut perkara yang sebenarnya luar dari jangkaan. Berusaha untuk kuatkan semangat, cuba ambil pengajaran dari pengalaman diri sendiri. Jadikan kejayaan orang sekeliling sebagai pembakar semangat.. Semoga berjaya.. :) 



                                                                                                #Bungaku Sayang#
                                                                                               ~ Siti Hajar Hajira~

Tuesday, 12 March 2013

Luahan Hati..

Assalamualaikum wbt.. Sudah lama rasanya blog ini telah diabaikan oleh saya. Kesibukan di kolej sentiasa membataskan setiap waktu agar digunakn sebaik mungkin untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah.. Pejam celik pejam celik sudah hampir dua tahun saya melanjutkan pelajaran di universiti dalam bidang farmasi. Alhamdulillah ALLAH telah memudahkan segala urusan saya semasa saya di sini. Saya akui bahawa kehidupan di universiti sangat mncabar terutamanya bila sudah berada di hampir penghujung semester. Semakin lama di sini semakin ramai kawan yang saya kenal dan berjumpa. Pada masa inilah kita mula mengetahui sedikit sebanyak mengenai orang sekeliling kita. Justeru itu sikap matang harus ada di dalam diri agar kita tabah dengan sikap dan karenah teman-teman. Nasihat kepada diri sendiri juga jangan terlalu mengambil serius akan perkara yang remeh, mengalah itu lebih baik tapi biarlah bergantung kepada keadaan dan sentiasa berusaha untuk berdikari. Berdikari disini bermaksud kita seeloknya dapat berfikir dengan tenang dalam menghadapi keadaan-keadaan yang kritikal. Walaupun bukan untuk jangka masa yang panjang tapi berusalah untuk selesaikan dahulu untuk waktu itu terlebih dahulu, yang selebihnya InsyaALLAH akan ada jalan keluar yang lain. 

Dikelilingi sahabat baik, rakan kolej dan housemate yang sangat sweet membuatkan saya tak pernah menyesal mendaftar disini. Kebaikan yang diberikan oleh mereka sentiasa saya ingati. Hanya ALLAH saja yang mampu membalas segala kebaikan mereka sama ada di dunia mahupun akhirat. Keperihatan mereka mengenai saya membuatkan hati kecil saya kadang tersentuh. Walaupun saya tidak pernah kenal dengan mereka sebelum ini tapi ini adalah kenangan paling berharga untuk diri saya yang tak mungkin dilupakan. 

Mengenali seseorang yang teristimewa di universiti juga merupakan satu kenangan yang tak dapat dilupakan. Sejujurnya saya tak pernah terlintas akan perkara ini dari dulu (zaman sekolah) walaupun guru-guru sering mengataka bahawa " nk cari jodoh cari kat universiti". Bagi saya itu cuma sebagai pembakar semangat seorang guru terhadap anak didiknya supaya bersungguh-sungguh di sekolah supaya dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi kelak serta mencapai cita-cita. Perkenalan itu menimbulkan satu perasaan yang lahir setulusnya dari hati. Perasaan yang sangat ikhlas, tiada kepura-puraan. Jujur itu lah yang pertama. Saya berharap dia juga lah yang terakhir dan akan menjadi peneman saya di dunia dan di akhirat kelak.. InsyaALLAH aminn :) .. 

Entah mengapa malam ini terasa asing sekali walaupun ada Ieka & Husna yang menemani saya di rumah. Satu rasa yang membuatkan hati sebak secara tiba-tiba. Begitu murah nilai air mata yang mengalir dari kelopak mata ini. Kemana perginya kekuatan diri yang sentiasa menemani disaat hati sedang bersedih. Muka ceria, bahagia dan senyuman saya adakalanya tidak menggambarkan perasaan di dalam hati saya yang sebenar. Hanya Tuhan sahaja yang tahu apa yang berada di dalam hati saya. Segaris senyuman yang dihadiahkan adalah sebagai pelindung kepada kesedihan hati yang sedang bermaharaja lela di lubuk hati. Semoga ALLAH kurniakan secebis kekuatan untuk saya mengharungi semua ini dengan sabar. Aminn.. 


                                                                                         #Bungaku Sayang#
                                                                                        ~ Siti Hajar Hajira ~
                                                                                            12 March 2013