Followers

Wednesday, 20 March 2013

SITI HAJAR

Ketahuilah,,, 
Kita adalah insan,
Hamba yang perlukan petunjuk,
Insan yang kekurangan,
Mencari redha dan rahmat Tuhan yang esa.

Sesungguhnya..,
Setiap percaturan kehidupan,
Ada hikmah di sebalik kejadian,
Meskipun tidak terjangkau akal fikiran,
Disitu ada kebesaran dan kekuasaan Tuhan. 

Siti Hajar wanita mulia,
Insan terpilih dan istimewa,
Perintah suami dituruti segala,
Diduga Allah meningkat imannya,
Biarpun ditinggalkan di lembah tandus dan gersang,
Bersama Ismail putera tercinta,
Jiwanya tabah menenpuh rintangan.

Perintah Tuhan, Hajar laksanakan,
Di lembah Bakkah tandus dan kering kontang,
Bekalan makanan sedikit tersisa,
Habis semua kembali lapar dan dahaga,
Kuasa Tuhan tiada siapa mampu menghalang,
Terpancarlah mata air zamzam,
Kurniaan Tuhan berlimpah-limpah.

Bukit Safa dan Marwa menyaksikan keimanan,
Berlari-lari tujuh kali Hajar laksanakan,
Hikmah di sebalik apa dilakukan,
Itulah sai dikerjakan insan. 

Menunaikan ibadah haji,
Diumpamakan insan yang lahir bersifat bersih dan suci,
Di kota Mekah manusia mengerumuni,
Mengakui kelemahan diri,
Dalam sebuah pencarian kehidupan ini, 
Ibadah korban ditunaikan tanda cinta sejati,
Mencari reda daripada Ilahi,
Kerana Tuhan adalah....,
Yang maha benar dan hakiki.. 

Dipetik daripada sbuah buku yang bertajuk SITI HAJAR. Sebuah buku yang memberi inspirasi kepada diri bahawa dalam setiap kesusahan yang ditanggung yakinlah pada ALLAH yang akan memberikan petunjuk. Sabar itu paling penting, kerana waktu itu jugalah keimanan dalam hati akan diuji.. Wallahualam.. 




                     #Bungaku Sayang#
~ Siti Hajar Hajira~

No comments:

Post a Comment