Followers

Tuesday, 12 March 2013

Luahan Hati..

Assalamualaikum wbt.. Sudah lama rasanya blog ini telah diabaikan oleh saya. Kesibukan di kolej sentiasa membataskan setiap waktu agar digunakn sebaik mungkin untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah.. Pejam celik pejam celik sudah hampir dua tahun saya melanjutkan pelajaran di universiti dalam bidang farmasi. Alhamdulillah ALLAH telah memudahkan segala urusan saya semasa saya di sini. Saya akui bahawa kehidupan di universiti sangat mncabar terutamanya bila sudah berada di hampir penghujung semester. Semakin lama di sini semakin ramai kawan yang saya kenal dan berjumpa. Pada masa inilah kita mula mengetahui sedikit sebanyak mengenai orang sekeliling kita. Justeru itu sikap matang harus ada di dalam diri agar kita tabah dengan sikap dan karenah teman-teman. Nasihat kepada diri sendiri juga jangan terlalu mengambil serius akan perkara yang remeh, mengalah itu lebih baik tapi biarlah bergantung kepada keadaan dan sentiasa berusaha untuk berdikari. Berdikari disini bermaksud kita seeloknya dapat berfikir dengan tenang dalam menghadapi keadaan-keadaan yang kritikal. Walaupun bukan untuk jangka masa yang panjang tapi berusalah untuk selesaikan dahulu untuk waktu itu terlebih dahulu, yang selebihnya InsyaALLAH akan ada jalan keluar yang lain. 

Dikelilingi sahabat baik, rakan kolej dan housemate yang sangat sweet membuatkan saya tak pernah menyesal mendaftar disini. Kebaikan yang diberikan oleh mereka sentiasa saya ingati. Hanya ALLAH saja yang mampu membalas segala kebaikan mereka sama ada di dunia mahupun akhirat. Keperihatan mereka mengenai saya membuatkan hati kecil saya kadang tersentuh. Walaupun saya tidak pernah kenal dengan mereka sebelum ini tapi ini adalah kenangan paling berharga untuk diri saya yang tak mungkin dilupakan. 

Mengenali seseorang yang teristimewa di universiti juga merupakan satu kenangan yang tak dapat dilupakan. Sejujurnya saya tak pernah terlintas akan perkara ini dari dulu (zaman sekolah) walaupun guru-guru sering mengataka bahawa " nk cari jodoh cari kat universiti". Bagi saya itu cuma sebagai pembakar semangat seorang guru terhadap anak didiknya supaya bersungguh-sungguh di sekolah supaya dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi kelak serta mencapai cita-cita. Perkenalan itu menimbulkan satu perasaan yang lahir setulusnya dari hati. Perasaan yang sangat ikhlas, tiada kepura-puraan. Jujur itu lah yang pertama. Saya berharap dia juga lah yang terakhir dan akan menjadi peneman saya di dunia dan di akhirat kelak.. InsyaALLAH aminn :) .. 

Entah mengapa malam ini terasa asing sekali walaupun ada Ieka & Husna yang menemani saya di rumah. Satu rasa yang membuatkan hati sebak secara tiba-tiba. Begitu murah nilai air mata yang mengalir dari kelopak mata ini. Kemana perginya kekuatan diri yang sentiasa menemani disaat hati sedang bersedih. Muka ceria, bahagia dan senyuman saya adakalanya tidak menggambarkan perasaan di dalam hati saya yang sebenar. Hanya Tuhan sahaja yang tahu apa yang berada di dalam hati saya. Segaris senyuman yang dihadiahkan adalah sebagai pelindung kepada kesedihan hati yang sedang bermaharaja lela di lubuk hati. Semoga ALLAH kurniakan secebis kekuatan untuk saya mengharungi semua ini dengan sabar. Aminn.. 


                                                                                         #Bungaku Sayang#
                                                                                        ~ Siti Hajar Hajira ~
                                                                                            12 March 2013 



No comments:

Post a Comment