Pengalaman adalah guru terbaik dalam mendidik diri agar menjadi seorang yang lebih matang. Selain itu ia jugak dapat memotivasikan diri agar kita lebih berusaha supaya kesilapan yang sama tak akan berulang untuk kesekian kalinya dalam kehidupan. Begitu juga apabila kita menjawab soalan peperiksaan. Ketika berada di dewan peperiksaan kita begitu yakin dengan setiap jawapan yang ditulis, namun adakalanya perasaan berbelah bahagi sentiasa menghantui diri kerana tidak yakin ditambah pula apabila tiada persediaan yang cukup.
Saat mendapat keputusan dan ianya pula tidak seperti yang diharapkan pasti akan timbul satu perasaan aneh iaitu rendah diri. Hal ini kerana kita berasa sedikit cemburu terhadap rakan sekelas yang lebih bagus keputusannya berbanding diri kita. Ditambah pula bila cuma kesilapan yang dilakukan itu adalah kesalahan yang remeh dan tidak dapat dielakkan. Pada saat itulah kita seharusnya tidak putus semangat untuk meneruskan perjuangan kerana pada waktu itu hati dan akal akan selalu bertelingkah untuk menghasut diri. Cuba berfikir secara positif adalah lebih baik. Tidak dinafikan bahawa rasa sedih itu mesti menggigit tangkai hati namun sebaiknya dijauhkan agar tidak menggangu tumpuan terhadap perkara lain yang perlu kita beri perhatian.
Carilah kekuatan untuk menanamkan azam baru supaya kita lebih bersemangat untuk meneruskan perjuangan. Ilmu merupakan satu perkara penting dalam dunia globalisasi pada zaman ini. Tapi menuntut ilmu bukanlah sekadar duniawi sahaja tapi seimbangkanlah dengan ilmu akhirat kerana dunia adalah tempat persinggahan kita sebagai manusia di bumi ALLAH ini. Pepatah mengatakan 'tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad'. Berbalik kepada tadi kekuatan diri dapat dibina dari semangat tidak berputus asa yang tersembunyi di dalam diri. Carilah kekuatan itu, minta kepada ALLAH, bertanyalah kepada yang lebih berpengalaman agar semangat diri tidak jatuh dan akhirnya membinasakan diri. Siapa yang rugi? Tak lain tak bukan adalah diri kita sendiri jugak.
Kesimpulannya disini apapun keadaan kita sekarang sama ada susah mahupun senang sentiasalah berfikiran positif. Jangan terlalu mengikut kata hati yang kadangkala menghasut perkara yang sebenarnya luar dari jangkaan. Berusaha untuk kuatkan semangat, cuba ambil pengajaran dari pengalaman diri sendiri. Jadikan kejayaan orang sekeliling sebagai pembakar semangat.. Semoga berjaya.. :)
#Bungaku Sayang#
~ Siti Hajar Hajira~
No comments:
Post a Comment