Senyuman walaupun terpaksa itu perlu, ia dapat melindungi betapa geloranya keadaan hati kita yang sebenar. Hanya yang betul memahami sahaja akan dapat mengesan corak senyuman itu adalah berbeza berbanding hari-hari biasa sebelum ini. Senyuman juga mampu mengubat hati supaya tidak terlalu memikirkan mengenai sesuatu keadaan. Namun percayalah seseorang itu boleh menitiskan airmata padahal masa itu dia sedang tersenyum. Kenapa? Kerana keuatan hati yang dizahirkan melalui senyuman itu tewas melalui airmata yang mengalir tanpa ia sedari. Begitu juga dengan diri ini. Secara fizikal ramai orang boleh melihat aku tersenyum bahagia dikelilingi rakan-rakan yang sentiasa disisi. Namun mengertikah kamu mengenai gelodak perasaan di hatiku ini..? Pernahkah kamu menyedari akan hal ini?
Kadang aku sendiri tidak mampu untuk mengukir satu senyuman yang sebenarnya. Sebuah senyuman yang lahir dari sekeping hati. Aku sendiri telah tewas dengan hatiku. Ya aku tewas. Aku sendiri telah menjadi lemah. Kemana perginya semua kekuatan yang aku miliki dulu? Kemana pergi diriku yang masih boleh bersabar dan tetap mampu senyum dahulu? Kemana perginya kekuatanku untuk sembunyikan betapa sakitnya rasa hati agar tidak terkesan oleh mata-mata yang memandang?
Aku pernah melihat tweet oleh seorang pengacara terkenal di tanah airku. Aku tidak ingat ayatnya yang sebenar tapi aku mengerti bahawa "setiap airmata itu adalah satu luahan perasaan yang terzahir melalui hati namun jangan biarkan ianya terlalu murah untuk mengalir". Tepat mengenai batang hidungku. Sejak beberapa hari ini airmata ini sangat murah untuk mengalir tanpa sempat aku tahan. Aku menjadi seorang yang sangat sensitif. Segalanya berubah dengan sekelip mata. Aku sangat inginkan diriku yang dulu. Seorang yang periang, suka bergurau, tidak mudah terasa dengan usikan dan perangai yang 'gila-gila' (kata seorag sahabat kepadaku).
Peristiwa demi peristiwa telah banyak mengubah kehidupanku. Aku inginkan semuanya seperti dulu tapi mampukah aku? Aku tidak ingin menjadi seorang yang mudah mengalirkan airmata. Aku tidak mahu airmata ini kelihatan terlalu murah. Tapi aku yakin pada diriku. Aku yakin aku mampu walaupun ianya kan mengambil masa.
Ya Allah, berikanku pelangi untuk setiap hujan, senyuman untuk setiap tangisan, rahmat untuk setiap cubaan dan kekuatan untuk setiap dugaan.
#Bungaku sayang#
~ Siti Hajar Hajira~
No comments:
Post a Comment